Wednesday, February 13, 2019

MHS FORMER GRADUATES DIGITAL LEARNING PROJECT GETS PERMISSION FROM PERHILITAN

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan emel pihak tuan kepada En Muhamad Khairol Adha berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan tiada halangan bagi pihak Malacca High School Ex Students untuk menjalankan Program Interaktif bersama Komuniti Orang Asli Che Wong di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang. Walau bagaimanapun, kerjasama pihak tuan adalah dimohon untuk mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh PKGK sepanjang program tersebut berlangsung.

3. Untuk tujuan penyelarasan logistik, pihak tuan boleh menghubungi PKGK untuk tindakan selanjutnya.

Perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

'HIDUPAN LIAR UNTUK GENERASI AKAN DATANG'


Saya yang menjalankan amanah,

                sim
(BEATRIX SIM WUAN HUNG)

Pegawai Hidupan Liar

b/p Pengarah
Bahagian Perancangan dan Korporat/ Planning and Corporate Division

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia/Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN) Peninsular Malaysia

KM10, Jalan Cheras

56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: +603-9086 6800 ext 6867

Faks/ Fax: +603-9075 2873

E-mel/ E-mail :  beatrix@wildlife.gov.my