Thursday, November 16, 2017

MALACCA HIGH SCHOOL WINS PETRONAS ALL ABOUT YOUTH CONTEST 2017

Khamis, 16 November 2017 | 11:06pm
Pemenang pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017 meraikan kejayaan mereka pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur, malam ini.

SMK Tinggi Melaka juara AAY 2017

KUALA LUMPUR: Projek aplikasi subjek sejarah ciptaan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka dinobatkan sebagai juara pertandingan PETRONAS All About Youth (AAY) 2017.
Projek yang dinamakan HISTOMAP itu menyaksikan kumpulan berkenaan membangunkan aplikasi nota sejarah dalam bentuk peta minda.
Kemenangan itu membolehkan SMK Tinggi Melaka membawa pulang trofi, wang tunai RM50,000 sebagai dana untuk membaik pulih sekolah, manakala setiap ahli pasukan menerima RM1,000 didepositkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Zainal Aalam Hassan, berkata program itu mampu memperkasa anak muda Malaysia untuk memainkan peranan masing-masing dalam membina komuniti harmoni.
Beliau berkata, ia juga dapat mempromosikan kesejahteraan sosial.
"Usaha (program) ini selari dengan inisiatif Kementerian Pendidikan untuk mempersiapkan generasi ini dengan kemahiran yang betul untuk menghadapi cabaran mendatang," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat PETRONAS, Firouz Asnan.
Sementara itu, SMK Paka dari Terengganu mendapat tempat kedua dan SMK Lutong, Miri Sarawak meraih tempat ketiga yang mana masing-masing membawa pulang RM800 serta RM500 untuk dimasukkan ke dalam akaun SSPN pelajar.
Penganjuran tahun keempat pertandingan membabitkan 1,000 pelajar Tingkatan Empat dari 50 sekolah di Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak itu turut menyaksikan SMK Sindumin, Sepitang, Sabah dan SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor sebagai finalis.
Selepas menghantar kertas cadangan, setiap sekolah diwakili 20 pelajar diberikan RM1,000 untuk memulakan projek bagi menyelesaikan masalah komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment